Bantah pesta arak bukan sebab faktor politik
PASIR PUTEH, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, bantahan terhadap penganjuran pesta arak bukan disebabkan faktor politik.
Sebaliknya, beliau berkata, ia dibantah kerana mengambil kira faktor kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
“Isu arak juga perlu dilihat dari pelbagai aspek, khususnya kesan buruk bahan memabukkan itu.
“Negara kita ada peraturan dan perlembagaannya di mana Islam adalah agama Persekutuan. Jangan jadikan ia (pesta arak) umpan politik sehingga sanggup menafikan hak asasi rakyat,” katanya yang dipetik daripada BH Online.
Sementara itu, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan, Festival Bavaria yang dijadual berlangsung di kompleks beli-belah 1Utama kelmarin sempena Oktoberfest tidak diadakan kerana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak memberikan jawapan kepada rayuan penganjur.
Penganjur mendakwa mereka sudah mengikuti peraturan yang ditetapkan bagi acara seperti ini dan masih berharap MBPJ memberi kelulusan pada saat akhir.
The post Bantah pesta arak bukan sebab faktor politik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan