Bapa dakwa pengetua rotan anak, tak benar pelajar muslim solat

BANGI, 18 Muharram 1439H, Ahad – Seorang bapa menggesa Jabatan Pendidikan Sabah, khususnya Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan menjalankan siasatan segera berhubung tindakan pengetua di sebuah sekolah yang didakwanya, tidak membenarkan pelajar Islam menunaikan solat fardu di surau sekolah itu.

Beliau yang dirahsiakan namanya memuat naik status dalam Facebooknya semalam, sambil mendakwa kejadian itu berlaku sendiri terhadap anak perempuannya yang berada di Tingkatan Dua sekolah berkenaan.

Beliau mendakwa, pengetua sekolah itu tidak membenarkan anaknya mengerjakan solat di surau sekolah dan telah merotan tangannya.

“Sebelum ini iaitu pengetua terdahulu tidak pernah melarang pelajar muslim untuk menunaikan solat fardu di sekolah berkenaan, malah jadual solat disediakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, setelah pengetua baharu datang, dia tidak membenarkan pelajar solat, malah jadual solat juga dibatalkan.

“Diharap pihak Jabatan Pendidikan Sabah dan Daerah Sandakan dapat mengambil tindakan drastik agar kejadian yang tidak diingini berlaku. Saya tidak boleh berdiam diri jika bab agama Islam dipersendakan,” katanya.

Bagaimanapun, hasil carian di laman Facebook, lelaki berkenaan dipercayai sudah memadam status berkenaan.

Namun, beberapa netizen yang peka berhubung tuduhan itu berharap siasatan dapat dijalankan terlebih dahulu dan tindakan tegas mesti diambil jika dakwaan itu benar berlaku.

Malah, mereka mendakwa kemungkinan pelajar mengambil kesempatan untuk melepak dan membuang masa di dalam surau itu.

The post Bapa dakwa pengetua rotan anak, tak benar pelajar muslim solat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian