ismakualaterengganu

Bekas pensyarah sertai Daesh disahkan masih hidup

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina, Dr Mahmud Ahmad disahkan m...

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina, Dr Mahmud Ahmad disahkan masih hidup, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Menurutnya, maklumat itu diterima daripada Kementerian Pertahanan Filipina berdasarkan laporan perisikan di Marawi.

Mohamad Fuzi berkata, bekas pensyarah itu dan seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Mohd Amin Baco dipercayai berada di Marawi, iaitu kawasan yang dikuasai Ispilon Halipon.

“Kami sentiasa berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan pihak berkuasa di negara berkenaan dalam usaha memerangi aktiviti kumpulan pengganas Daesh,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Dilaporkan, dua pemimpin kumpulan militan Daesh, Ispilon Hapilon dan Omar Muate dipercayai antara yang terbunuh dalam serangan oleh pihak berkuasa Filipina susulan serangan sejak 23 Mei lalu.

Kematian kedua-dua militan berkenaan disahkan oleh Kementerian Pertahanan Filipina hari ini, namun masih belum mengeluarkan maklumat terperinci berhubung serangan yang mengorbankan mereka.

The post Bekas pensyarah sertai Daesh disahkan masih hidup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8583343805577002982

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item