Berhibur bersama tauke judi: Bukit Aman arah anggota polis ditukar, lucut jawatan

BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin – Tujuh anggota polis yang video mereka berhibur bersama tauke judi viral baru-baru ini dikenakan tindakan tata tertib.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Bukit Aman sudah mengeluarkan arahan pertukaran baharu membabitkan pegawai dan anggota terbabit.

Katanya, pertukaran serta-merta itu membabitkan tujuh anggota termasuk seorang koperal yang dilucutkan jawatan detektif.

“Siasatan tata tertib sudah dijalankan dan dirumuskan serta tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

“Mereka sudah diarahkan tukar ke lokasi dan formasi lain di seluruh negara oleh Bukit Aman,” katanya seperti lapor Berita Harian.

Tindakan tata tertib terhadap tujuh anggota polis itu susulan tular satu rakaman video berdurasi 9 saat itu yang memaparkan mereka berhibur di sebuah kelab hiburan bersama tauke judi.

Video itu dikongsi di akaun Facebook, dan kemudiannya dimuat naik di Youtube.

Klip itu dimuat naik selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.

The post Berhibur bersama tauke judi: Bukit Aman arah anggota polis ditukar, lucut jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian