Berhibur bersama tauke judi: Tujuh anggota polis ditukar serta merta

BANGI, 19 Muharram 1439H, Isnin – Tujuh anggota polis termasuk seorang ketua balai ditukar jabatan lain serta-merta sehingga siasatan mengenai video mereka berhibur bersama tauke judi selesai.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya menjalankan siasatan tatatertib sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Jelas beliau, langkah pertukaran itu dilakukan sementara menunggu tindakan susulan.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada semua yang terbabit. Semua pegawai dan anggota PDRM perlu akur dengan kehendak integriti memartabatkan PDRM selaku penguatkuasa undang-undang utama negara,” katanya dipetik My Metro online, hari ini.

Pertukaran semua anggota polis itu susulan tular satu rakaman video berdurasi 9 saat itu yang memaparkan mereka berhibur di sebuah kelab hiburan bersama tauke judi.

Video itu dikongsi di akaun Facebook, dan kemudiannya dimuat naik di Youtube.

Klip itu dimuat naik kurang dua minggu selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.

The post Berhibur bersama tauke judi: Tujuh anggota polis ditukar serta merta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian