BN, UMNO celaru tak dapat tentukan siapa mendominasi PH

BANGI, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas dan menyindir Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya celaru apabila tidak dapat menentukan siapa yang mendominasi Pakatan Harapan (PH).

Malah, beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO kini berhempas pulas mendakwa jika PH menang, DAP dan Lim Kit Siang akan mengambil alih negara ini.

“Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan UMNO. Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar (Musa) jawab DAP akan kuasai PH.

“Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri,” katanya, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah menjual dirinya dan DAP kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

“Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit. Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya.

“Jangan tanya saya dari mana saya dapat satu billion. Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi 1 billion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu. Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit,” bidas beliau.

Dengan nada merendah diri, Tun Dr Mahathir berkata:

“Apalah sangat saya ini yang nak ditakuti. Umur sudah 92 tahun. Tak ada duit pun. Jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan 1 billion Ringgit pun. Tak pernah bangun apa pun. Tak dilayan seperti Najib oleh Presiden Amerika. Tak dapat sogok Trump dengan 90 billion Ringgit. Tidak dipeluk oleh Presiden kuasa dunia terbesar kerana menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat.

“Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada. Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map”. Tahniah.

“Teruskan dengan kecelaruan. Tubuhkan satu lagi 1MDB. Hutang berbillion lagi. Percayalah kamu akan disokong oleh konco-konco kamu selama-lamanya. Tahniah – Congrats Najib. We are so proud of you.”

The post BN, UMNO celaru tak dapat tentukan siapa mendominasi PH appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian