BNM kenakan denda RM115.8 juta terhadap institusi langgar peraturan

KUALA LUMPUR, 13 Muharram 1439H, Rabu – Bank Negara Malaysia tidak teragak-agak untuk mengenakan jumlah denda yang besar terhadap institusi kewangan yang tidak mematuhi standard pematuhan dan tadbir urus korporat.

Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, antara 2015 dan Jun 2017, denda dan penalti sejumlah RM115.8 juta telah dikenakan ke atas institusi yang melanggar peraturan BNM dan menjejaskan integriti sistem kewangan.

Ini kerana, katanya, masa yang mencukupi sudah diberikan kepada institusi kewangan untuk menyediakan sistem dan pekerja mereka bagi tujuan itu.

Di samping itu, beliau berkata, bagi menyelaraskan dan mempercepatkan tindakan terhadap pengendali penipuan kewangan, pasukan petugas yang diketuai Jabatan Peguam Negara turut ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

“BNM juga akan menyiarkan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap institusi kewangan dan perantara yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, berkuat kuasa Januari 2018.

“Malah, maklumat yang mempunyai nama institusi kewangan, jenis kesalahan serta jumlah denda dan kompaun yang dikenakan akan dibuat secara telus di laman web bank pusat.

“Langkah ini untuk meningkatkan lagi kesan tindakan penguatkuasaan sebagai pencegahan yang terbaik,” katanya seperti dilapor BNBBC.

The post BNM kenakan denda RM115.8 juta terhadap institusi langgar peraturan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian