Buat persiapan awal hadapi musim tengkujuh: Menteri

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengingatkan semua agensi supaya membuat persiapan awal bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, persediaan awal itu penting kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko nyawa yang terkorban, kemusnahan harta benda dan meminimumkan kos operasi menyelamat semasa bencana.

Ini kerana jelasnya, bencana banjir sukar diramal dengan tepat memandangkan taburan hujan yang sentiasa berubah tahun ini.

“Melalui kementerian ini juga, kita boleh memberi makluman awal dengan kepakaran yang kita miliki kepada jabatan yang berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang terlibat secara langsung semasa bencana berlaku,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Bulan lalu, negeri di bahagian utara Semenanjung membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mengalami banjir di beberapa daerah menyebabkan lebih 1,000 mangsa terpaksa dipindahkan.

The post Buat persiapan awal hadapi musim tengkujuh: Menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?