Bukit Aman tahan tiga individu rancang bom pesta arak

KUALA LUMPUR, 27 Muharram 1439H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu termasuk seorang pelajar Tingkatan Enam disyaki dalang utama rancangan serangan terhadap pesta arak, Better Beer Festival 2017, dalam serbuan di Kelantan, 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek utama berusia 19 hingga 34 tahun itu dipercayai telah merangka serangan tersebut selepas menerima maklumat penganjuran festival itu yang dijadual berlangsung di Solaris Dutamas pada 6 Oktober lepas.

Selain pelajar Tingkatan Enam berusia 19 tahun itu, dua lagi perancang utama serangan itu adalah bekas tentera berusia 34 tahun dan kontraktor binaan, 25.

Mohamad Fuzi berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan ke atas sebuah restoran di Pasir Puteh, Kelantan oleh Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, susulan daripada maklumat perisikan.

Menurutnya, susulan penangkapan itu, polis merampas bahan letupan (IED) di rumah dua daripada suspek terbabit.

“Percubaan pertama meletupkan bahan letupan di belakang rumah salah seorang suspek gagal, namun cubaan kedua yang dilakukan di satu kawasan lapang berjaya.

“Mereka mungkin mendapat maklumat untuk menghasilkan IED daripada internet atau pengetahuan mengenai bahan letupan berdasarkan pengalaman salah seorang suspek yang merupakan bekas anggota tentera,” katanya seperti dilapor beberapa media arus perdana, hari ini.

Katanya, suspek kontraktor binaan dikesan mempunyai jaringan hubungan dengan pengganas, Mohammad Wanndy Mohamad Jedi dan Akel Zainal yang kini berada di Syria.

“Kita menyiasat sama ada perancangan mengebom festival bir dan pusat hiburan serta rumah ibadat bukan Islam sekitar Lembah Klang diberi oleh rangkaian Daesh di Syria.

“Penangkapan ini membuktikan tohmahan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebarkan maklumat mengenai ancaman serangan festival arak adalah tidak benar,” katanya.

The post Bukit Aman tahan tiga individu rancang bom pesta arak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian