Cabaran mati lima saat: Kementerian Pendidikan beri amaran ambil tindakan

KUALA LUMPUR, 26 Muharram 1439H, Isnin – Kementerian Pendidikan memandang serius isu aksi dikenali sebagai ‘mati lima saat’, yang tular dalam kalangan pelajar sejak minggu lalu, sekali gus mengharamkan cabaran berkenaan di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas pelajar yang melakukan aksi berkenaan yang disifatkannya sangat berbahaya.

“Cabaran ini bukan sahaja membahayakan malah boleh membawa padah kepada pelajar-pelajar.

“Tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan cabaran tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut apakah tindakan yang bakal diambil terhadap pelajar yang melakukan aksi itu.

Namun Mahdzir berkata, kementerian akan memberikan arahan selanjutnya kepada pihak sekolah bagi memastikan aksi tersebut tidak menjadi budaya kepada pelajar di sekolah dan asrama.

Minggu lalu, aksi tiga remaja melakukan cabaran ‘mati lima saat tekan dada’ tular di media sosial sehingga mencetuskan reaksi pelbagai pihak yang menyifatkan sebagai gurauan keterlaluan dan boleh membawa maut.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.

Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar.

Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar daripada ‘kematian’.

The post Cabaran mati lima saat: Kementerian Pendidikan beri amaran ambil tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian