Cari pembantu rumah warga asing lebih cepat, murah

 

BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – “Rakyat kini mempunyai pilihan sama ada melalui ejen atau melakukannya sendiri,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Dasar berkenaan adalah untuk memastikan proses mencari pembantu rumah asing dibuat lebih mudah dan murah.

Beliau berkata demikian setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu dasar bahawa majikan boleh mencari sendiri pembantu rumah di sembilan negara asing dan mendaftarkan mereka secara perkhidmatan atas talian.

“Majikan boleh pergi ke negara berkenaan dan mencari pekerja sendiri, dan kemudian mendaftarkan pekerja dengan perkhidmatan dalam talian Imigresen, seperti yang diumumkan oleh perdana menteri.

“Proses tetap seperti dahulu tetapi hanya tidak ada bayaran yang perlu dibuat kepada egensi pekerjaan sahaja. Namun, jika majikan mahu melalui ejen, terpulang kepada mereka,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Mustafar berkata, walaupun bayaran levi dan pemprosesan kekal, majikan yang mahu mengupah pekerja baru perlu membayar kos yang tinggi kepada agensi pekerjaan antara RM12,000 hingga RM18,000.

Isu ini pula telah dibincangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan menyedari bahawa hal ini boleh membebankan rakyat Malaysia untuk mengupah pembantu rumah menerusi agensi pekerjaan.

Sehubungan itu, kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing dan berkemungkinan akan dikurangkan pada masa akan datang.

Sementara itu, kaedah lain pencarian pembantu rumah adalah sama dengan sistem yang lalu melibatkan kad yang disebut sebagai ‘Journey Perform Visa’ yang berkuatkuasa secara sah membenarkan warga asing melancong dalam visa lawatan sosial untuk menyertai pasaran buruh asing di Malaysia.

Selain Indonesia, terdapat pembantu rumah dari negara lain iaitu Myanmar, Filipina, Vietnam, Bangladesh, Laos, Kemboja, Sri Lanka dan Thailand.

The post Cari pembantu rumah warga asing lebih cepat, murah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian