Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan yang tidak mereka buat. Mengapa?

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah menafikan penglibatan militan Daesh dalam tragedi berdarah di Las Vegas semalam.

Namun, dalam satu kenyataan di laman web Amaq milik Daesh, dinyatakan bahawa kumpulan militan itu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu meskipun tidak menyebut nama penyerang, Stephen Paddock.

Timbul persoalan, mengapa Daesh membuat pengakuan sedemikian?

Penganalisis politik dan isu-isu keganasan, Bruce Hoffman berpandangan, pengakuan Daesh itu adalah bertujuan memastikan militan itu mendapat liputan media dan mencuri tumpuan awam.

“Dalam sejarah kumpulan pengganas, terdapat usaha mereka untuk mendapat tumpuan dan melakukan serangan-serangan untuk mendapat liputan,” kata Hoffman, yang juga pengarah pusat kajian keselamatan di Universiti Georgetown kepada portal Business Insider UK.

Katanya, kumpulan pengganas suka dilaporkan dalam berita bagi menunjukkan mereka mempunyai impak kepada dunia.

Sebelum ini, Daesh telah membuat banyak pengakuan bertanggungjawab terhadap serangan-serangan dan menyebut nama penyerang dalam pengakuan tersebut.

Namun pada masa yang sama, Daesh juga telah membuat banyak pengakuan palsu contohnya dalam serangan ke atas kasino di Manila pada Jun lepas, Daesh mengaku bertanggungjawab tetapi siasatan membuktikan sebaliknya. – Agensi

The post Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan yang tidak mereka buat. Mengapa? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian