DAP tidak waras sebelum mabuk

BANGI, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Kelantangan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP yang sebelum ini berkeras mempertahan dan mahu pesta arak diadakan, menyerlahkan hakikat sebenar sikap parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, DAP tetap dengan kedegilannya yang lahir daripada sikap ego parti itu, walaupun pesta berkenaan mendapat bantahan ramai.

Katanya, DAP mengaja menjadikannya sebagai ujian untuk memprovokasi, mencabar dan memperlekeh sensitiviti awam, terutama umat Islam dan Melayu di negara ini.

“Malah, DAP menzahirkan kedudukan politik sebagai kuasa untuk memaksa kehendak mereka dituruti. Sikap DAP ini sebenarnya satu ancaman kepada masa depan keharmonian dan keutuhan negara.

“Demi sokongan golongan bebal tertentu, mereka mengangkat dan memperjuang isu ini. Sedangkan ia mendatangkan mudarat kepada pelbagai kepentingan awam.

“Hanya setelah didedahkan info risikan ancaman pengganas oleh Ketua Polis Negara, barulah DAP terpaksa akur. Menunjukkan betapa parti itu lebih awal hilang kewarasannya sebelum mabuk. Malang lagi apabila parti politik bersamanya dalam PH hanya membisu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ustaz Hishamuddin berkata, rakyat Malaysia yang matang menerima realiti bahawa arak menjadi minuman golongan tertentu terutama kalangan bukan Islam.

“Tetapi menjadikannya keraian dengan berpesta besar-besaran bukanlah budaya negara ini. Ia jelas diimport dari luar. Jika demikiannya kecenderungan DAP, bayangkan kelak kegilaan mereka untuk mengimport banyak lagi perkara lain ke negara ini.

“Mereka mahu mensekularkan negara ini, sekali gus menggugat Islam yang menjadi tonggak dan Perlembagaan Negara ini. Tatkala gagal untuk kehendaknya dijayakan, DAP menjadikannya sebagai isu politik untuk membakar sentimen secara tidak matang. Walhal bantahan dikemukakan adalah berkait langsung dengan landskap hidup di Malaysia dan nilai hormat yang perlu diakuri,” katanya.

The post DAP tidak waras sebelum mabuk appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian