Datuk Seri pukul anggota Rela sudah ditangkap
SHAH ALAM, 11 Safar 1439H, Selasa – Suspek bergelar Datuk Seri yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) Jumaat lalu di sebuah tokong di Jalan Ampang, Ampang ditahan petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan selepas dia hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.
“Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek esok di Mahkamah Majistret Ampang bagi membantu siasatan.
“Kes ini siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta suspek mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian. – bernama
The post Datuk Seri pukul anggota Rela sudah ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan