Desakan Jiao Zong mansuh UPSR ada agenda sendiri: iGuru

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Safar 1439H, Khamis – Desakan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) supaya kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak relistik dan mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri.

Sehubungan itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) pula menggesa Kementerian Pendidikan tidak melayan desakan itu kerana UPSR adalah instrumen penilaian ke sekolah pilihan.

Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, UPSR perlu dikekalkan sebagai instrumen penilaian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan lain-lain.

“Kurikulum sekarang adalah berasaskan KSSR yang menekankan pencapaian dan penilaian holistik. Pelajar aliran vernakular tidak ramai yang ditawarkan ke SBP berbanding di sekolah kebangsaan.

“Sebab itu mereka minta UPSR dimansuhkan. Mereka akan buat apa sahaja untuk kepentingan mereka,” katanya kepada Ismaweb.net ketika mengulas desakan Jiao Zong.

Semalam, Jiao Zong dilaporkan berkata, dengan pemansuhan UPSR, tabiat yang hanya memfokuskan markah dan peperiksaan sahaja dapat dihapuskan.

Persatuan Cina itu juga mendakwa masalah bebanan beg sekolah yang kerap dibincangkan sejak akhir-akhir ini juga turut dapat diselesaikan.

Ustaz Mohd Azizee berkata, UPSR adalah sebahagian daripada penilaian berterusan yang dilaksanakan di peringkat Kementerian Pendidikan.

“Desakan persatuan Cina itu tidak realistik dengan perkembangan pendidikan negara ketika ini. Alasan yang diberikan juga sangat tidak munasabah dan tidak logik,” katanya.

Beliau berkata, pendidikan bukan sekadar pencapaian kecemerlangan, tetapi pembentukan modal insan.

“Ia bertujuan melahirkan generasi pelajar yang memiliki jati diri yang kuat bagi menempuh cabaran mendatang dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi. Agama mesti menjadi panduan kepada kehidupan mereka,” katanya.

The post Desakan Jiao Zong mansuh UPSR ada agenda sendiri: iGuru appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian