Dr Zaleha catat sejarah dilantik hakim Mahkamah Rayuan Syariah

KUALA TERENGGANU, 26 Muharram 1439H, Isnin – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah pelantikan Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin sebagai hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu.

Perlantikan Zaleha mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai wanita pertama yang dilantik memegang jawatan sedemikian di negara ini.

Majlis penyampaian dilakukan di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini hari ini dengan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd.

Zaleha, dari Pahang merupakan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan memegang Ijazah Doktor Falsafah, Undang-undang Keluarga Perbandingan (Sivil dan Syariah) dari Universiti London.

Beliau berkata, pelantikan itu tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai rektor UIA kerana perbicaraan kes rayuan membabitkan tuntutan harta dan penceraian hanya bersidang pada Ahad.

“Saya akan gunakan pengalaman lebih 30 tahun terutama dalam bidang perundangan keluarga Islam. Sebagai ‘pembuka pintu’ atas pelantikan hakim wanita peringkat mahkamah rayuan ini, saya tekad memberikan khidmat terbaik,” katanya.

Selain itu, Wan Mohd Zakri yang ditemui pemberita malam tadi sempena Majlis meraikan Pentauliahan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu 2017 berkata perlantikan Zaleha dibuat berdasarkan keperluan semasa.

Beliau berkata, seramai tujuh hakim baharu dilantik, terdiri daripada pakar bidang syariah, Mahkamah Sivil dan ahli akademik, khususnya undang-undang Islam.- Bernama

The post Dr Zaleha catat sejarah dilantik hakim Mahkamah Rayuan Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian