Enam kali risiko maut guna telefon sambil memandu

BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin – Risiko maut meningkat enam kali ganda sekiranya memandu sambil menggunakan telefon bimbit, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa.

Ini kerana katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan, ia mendapati kelajuan kenderaan boleh meningkat kepada 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh lima saat, jika memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

“Perkara ini lebih berbahaya jika dilakukan penunggang motosikal kerana cengkaman pada pemegang tidak kuat sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit.

“Penunggang boleh tercampak jauh manakala pemandu akan tersepit selain cedera parah yang mengakibatkan maut kerana mereka tidak fokus pada pemanduan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Justeru, untuk menyedarkan golongan ini, pihaknya mengadakan kempen kesedaran jalan raya sehingga hujung tahun, sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan pihak berkuasa.

Jelas beliau, penguatkuasaan bukan bertujuan untuk mengutip wang orang ramai menerusi saman yang dikeluarkan, sebaliknya bertujuan mendidik pengguna kerana nyawa lebih penting daripada wang.

Maka dengan itu katanya, kempen dan penguatkuasaan harus bergerak serentak supaya peraturan yang diwajibkan lebih berkesan dan diikuti semua pihak.

The post Enam kali risiko maut guna telefon sambil memandu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian