Enam tentera, 24 militan terbunuh dalam pertempuran di Sinai
KAHERAH, 26 Muharram 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 24 anggota militan dan enam askar terbunuh dalam beberapa pertempuran di pos kawalan tentera di utara Sinai, semalam, kata pegawai keselamatan dan hospital.
Berpuluh-puluh anggota militan dengan menggunakan senjata berat, termasuk mesingun dan mortar, melakukan hampir serentak serangan di Sheikh Zweid dan sekitarnya.
Sumber keselamatan dan perubatan berkata, dalam serangan itu kira-kira 20 anggota tentera cedera.
Jurucakap tentera berkata, helikopter Apache terpaksa digunakan bagi membalas serangan kumpulan militan dan membunuh 24 penyerang serta memusnahkan dua buah kenderaan.
Militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh beberapa tahun.
Pada Jumaat lalu, Daesh mendakwa menyerang pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam anggota tentera. – Agensi
The post Enam tentera, 24 militan terbunuh dalam pertempuran di Sinai appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan