Felda Investment mungkin saman Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1439H, Selasa – Felda Investment Corporation (FIC) tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ekoran dakwaannya terhadap agensi itu.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendakwa bahawa sebuah syarikat baharu ditubuhkan oleh anak syarikat Felda itu untuk menutup penyelewengan pelaburan hotel di London.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya akan membawa perkara berkenaan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FIC yang dijadualkan esok.

“Mesyuarat ini kebetulan diadakan esok bukan diadakan khas untuk membincangkan hal dakwaan Rafizi.

“Ahli-ahli Lembaga Pengarah akan bincang sama ada untuk kemukakan saman kerana dakwaan Rafizi terhadap FIC sangat serius,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dalam satu kenyataannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Shahrir, menjelaskan status pelaburan Felda FIC ke atas Hotel Grand Plaza Kensington di London.

Selain itu, Rafizi turut mendakwa pemilik rasmi Hotel Grand Plaza Kensington iaitu FLH sudah dibubarkan daripada syarikat yang didaftarkan di bawah BVI kerana gagal membayar yuran tahunan.

The post Felda Investment mungkin saman Rafizi Ramli appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian