GPS pastikan rakyat undi Calon Muslim Berwibawa PRU14

Oleh Siti Fatimah Ishak

PUTRAJAYA, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang dilancarkan hari ini akan menjadi penunjuk arah kepada rakyat bagi memilih pemimpin Muslim berwibawa dan berkaliber pada Pilihan Raya ke14 akan datang.

GPS sebuah badan bebas ditubuhkan Biro Gerakan Massa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), akan memfokuskan 222 kerusi Parlimen membabitkan pemimpin semua parti politik.

Pengarah GPS, Ustaz As-Siddiq Fauzan berkata, gerakannya akan merekod dan membentangkan maklumat mengenai pemimpin sekarang dan calon pemimpin yang akan bertanding.

Jelas beliau, agenda GPS adalah untuk mengangkat calon Muslim berwibawa dan selayaknya bagi memenuhkan Parlimen kelak.

Untuk itu katanya, GPS yang tidak menjadi proksi mana- mana parti, akan menyenaraikan pendirian pemimpin berhubung isu semasa, janji mereka kepada rakyat sudah dilaksanakan atau tidak, kes rasuah membabitkan mana-mana pemimpin dan pelbagai lagi.

“Kita akan sebarkan kepada umum menerusi media sosial. Kita juga akan buat sebaran umum di setiap kawasan Parlimen.

“Ini semua penunjuk arah kepada rakyat untuk memilih pemimpin. Kita nak dedahkan kepada rakyat supaya rakyat tidak lagi ditipu selepas ini,” katanya ketika berucap pada Pelancaran GPS hari ini di Hotel Marriot, Putrajaya.

Tambah Ustaz Siddiq, apa yang lebih dikesali, apabila terdapat pemimpin sedia ada langsung tidak mempertahan Perlembagaan Negara.

Malah katanya, setiap kali pilihan raya, calon pemimpin ini akan mengaburi rakyat dengan manifesto baru mereka.

“Sedangkan ketika berkhidmat, langsung tidak dilaksanakan untuk rakyat. Sebab itu kita tubuhkan GPS kerana nak dedahkan kepada rakyat mana pemimpin yang tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin. Bagi kita, rakyat kuasa besar untuk memuhasabahkan pemimpin yang gila kuasa, ” katanya.

The post GPS pastikan rakyat undi Calon Muslim Berwibawa PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian