Guna buku teks bahasa Inggeris import mulai tahun depan

BANGI, 15 Muharram 1439H, Khamis – Mulai tahun depan, kerajaan akan melaksanakan penggunaan buku teks bahasa Inggeris yang diimport di sekolah-sekolah seluruh negara.

Memetik laporan eksklusif The Star, ia adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran melaksanakan kurikulum selaras dengan Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR), iaitu panduan yang dibangunkan oleh Majils Eropah untuk mengukur kecekapan bahasa asing.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk P.Kamalanathan dipetik sebagai berkata, penggunaan buku teks itu akan dimulakan dengan murid di peringkat prasekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua serta Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.

“Kementerian akan membeli buku-buku untuk memenuhi keperluan sekolah kerana buku teks yang dihasilkan di negara ini tidak dapat memenuhi tahap CEFR yang baru,” katanya.

Murid sekolah rendah akan menggunakan Super Minds dari Cambridge University Press, manakala peringkat pelajar menengah pula adalah Pulse 2 MacMillan.

Difahamkan, harga buku berkenaan antara RM78 dan RM135.

Kamalanathan berkata, guru juga sedang dilatih menggunakan buku teks itu, dan memaklumkan bahawa ianya sudah berada di semua sekolah.

“Ini adalah sebahagian daripada pembaharuan bahasa Inggeris kementerian bagi memastikan tahap kemahiran murid sejajar dengan piawaian antarabangsa,” katanya.

Ogos tahun lalu, Kementerian Pelajaran melancarkan pelan tindakan untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.

Ia menfokuskan kepada 40,000 guru bahasa Inggeris di seluruh negara, menerusi Program English Language Roadmap 2015-2025. Ia juga sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk pembaharuan pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.

Menurut The Star, CEFR menyenaraikan enam gred dengan C2 – guru bahasa Inggeris pakar- dan A1 sebagai gred paling rendah.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid dipetik sebagai berkata, guru bahasa Inggeris perlu mencapai gred C1 untuk mengajar matapelajaran tersebut berdasarkan CEFR.

Setiausaha Agung Persatuan Guru, Harry Tan juga memberitahu The Star yang buat masa ini ramai di antara guru-guru tidak dilatih dengan Teaching English as a Second Language (TESL) tetapi dipilih oleh guru besar kerana mereka “lebih fasih” berbanding guru-guru lain.

“Memaksa guru-guru ini menjalani latihan CEFR akan menjadi tidak produktif kerana bahasa Inggeris bukanlah kepakaran mereka,” katanya.

The post Guna buku teks bahasa Inggeris import mulai tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian