Harga nasi campur RM100 berpatutan: KPDNKK

KUANTAN, 11 Safar 1439H, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan.

Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

“Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

“Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan,” katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Sharuddin menambah, siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.

Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

Pada minggu lalu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan ‘weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung’ dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen. -Bernama

The post Harga nasi campur RM100 berpatutan: KPDNKK appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian