Hati-hati panggilan palsu arah bayar saman

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu – Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan panggilan palsu kononnya dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) yang mengarahkan membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan saman atau kes lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sekarang ada taktik baru dilakukan sindiket.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pasukan keselamatan untuk menipu mangsanya.

“Periksa (kesahihan) dengan pihak berkenaan mengenai kebenaran panggilan yang diterima,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jazlan memberitahu, KDN memandang serius sindiket pemalsuan dokumen yang semakin berleluasa.

Jelas beliau, pemalsuan dokumen adalah satu perkara yang sudah berlaku sebelum ini, dan sentiasa akan berlaku.

Ini kerana katanya, Malaysia ini merupakan tumpuan kepada pekerja asing. Semua orang nak datang ke Malaysia, sebab itu pasport Malaysia terutamanya menjadi tumpuan utama.

“Benda ini kena pantau. Pasal kita tak tahu, sekarang ini dengan adanya mesin percetakan yang canggih, boleh dibeli di kedai biasa,” katanya.

The post Hati-hati panggilan palsu arah bayar saman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian