Hujan lebat pembetung gagal tampung air, 2 pelajar dikhuatiri lemas

Air melimpahi Lebuhraya Persekutuan dari Petaling Jaya ke Klang, semalam.

CYBERJAYA, 11 Safar 1439H, Selasa – Limpahan air yang teruk di Jalan Bangsar di ibu negara adalah berpunca daripada pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat petang semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa aliran balik telah menyebabkan mendapan sedimen daripada tapak pembinaan.

“Saya meminta JPS menjalankan siasatan rapi dan menyerahkan laporan kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada Bernama.

Hujan lebat sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama.

Antara laluan yang dilapor terjejas ialah Lebuhraya Persekutuan berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang.

Dalam perkembangan lain, Wan Junandi berkata kementeriannya sedang mengkaji satu peruntukan undang-undang bagi mengelakkan hidupan liar daripada menjadi mangsa korban dilanggar kenderaan.

“Saya memandang serius kes-kes ini. Selalunya apabila kenderaan langgar, mereka (pemandu) terlepas begitu sahaja sebab tiada undang-undang untuk menghukum mereka.

“Saya telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang kementerian untuk mengkaji peruntukan yang sesuai agar satu pindahan undang-undang dapat dilakukan dengan Kadar segera,” katanya.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, dua pelajar Tingkatan Satu yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras di longkang berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl berhampiran Jalan Klang Lama semalam.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan sebagai menerima laporan meliputi seluruh kawasan termasuk Lombong Kampung Muhibbah.

“Bagaimanapun operasi malam tadi hanya menfokuskan pencarian di permukaan sahaja.

“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil bersama dua bot dan kayak ditempatkan di lokasi bagi usaha SAR dijalankan dan kita belum menjumpai mangsa,” katanya.

The post Hujan lebat pembetung gagal tampung air, 2 pelajar dikhuatiri lemas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian