‘Ibu segala bajet tak realistik, bertujuan politik’

BANGI, 8 Safar 1439H, Sabtu – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, tidak realistik, selain bertujuan politik bagi meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau percaya rakyat yang mendengar pembentangan belanjawan itu menyedari bahawa ianya adalah bajet pilihan raya.

Beliau berkata, komitmen Bajet 2018 itu terlalu besar, sedangkan sumber pendapatan tidak meningkat, kecuali melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

“Tapi, kerana dia mempunyai suatu tujuan politik meraih sokongan untuk menentukan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa, maka dia buatlah secara begitu supaya mereka yang tergolong dalam golongan yang disebut dalam bajet itu akan berasa amat sukacita dan lupa sebentar bahawa ini adalah gula-gula, dan selepas itu mereka akan balik seperti keadaan biasa yang dihadapi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berpendapat apa yang dimaksudkan dengan ‘ibu segala bajet’ mungkin menggambarkan bahawa Najib menyedari beliau, kerajaan BN dan UMNO menghadapi banyak tekanan, termasuk isu 1MDB dan skandal lain.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Najib berasa kedudukan kerajaan BN sudah begitu tergugat dan membuat tawaran kepada rakyat melalui ibu bagi segala bajet.

“Nak menunjukkan bahawa dia ini bersikap bermurah hati, bertimbang rasa.. tapi saya percaya rakyat tidak akan terpedaya kerana masalah pokok yang besar masih belum terjawab…isu-isu yang berterusan berlaku tiada kesudahan, tiada tindakan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan yang membawa kesan jauh lebih besar bukan saja kepada rakyat tapi juga kerajaan.

“Sebab itu dia menggambarkan this is the besar bajet ever… bahawa dia cukup berlapang dada berjiwa besar untuk membantu rakyat menghadapi masalah.. Sebenarnya, ini satu cara untuk mengaburi rakyat tentang isu pokok masalah negara, kepincangan dalam negara.. maka dengan itu dia membentangkan satu bajet paling baik dalam sejarah,” katanya.

Muhyiddin berkata, menerusi bajet itu Najib membuat pelbagai tawaran, pemberian dan sumbangan, semuanya dalam bentuk gula-gula untuk menarik hati sebahagian besar rakyat baik dalam sektor swasta, maupun kerajaan atau rakyat biasa.

Katanya, isu pokok iaitu masalah bebanan kos sara hidup rakyat, isu kenaikan harga barang, malah isu GST, walaupun ada disentuh sedikit, tetapi pengurangan GST terhadap satu dua perkara yang difikirkan tidak begitu penting.

“Tetapi yang pokoknya, rakyat masih tertanggung dengan bayaran yang begitu tinggi dan bagi saya dengan bajet yang dibentang tadi tentu harga barang akan meningkat lebih tinggi dan rakyat akan menanggung beban,” katanya.

The post ‘Ibu segala bajet tak realistik, bertujuan politik’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian