Imam di Mekah meninggal dunia selepas solat jemaah

JEDDAH, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Seorang imam di Makkah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas mengimamkan solat fardu Asar di Masjid Arab Abdul Qadir di Awali pada Rabu lalu.

Arab News melaporkan, video imam, Khalid Al-Qurashi tersebut kini tular di internet.

Melalui rakaman CCTV masjid itu, Khalid dilihat sedang berlutut sambil menghadap jemaah masjid selepas selesai solat secara berjemaah.

Tidak lama kemudian, Khalid rebah secara tiba-tiba, mengejutkan para makmum dihadapannya.

Makmum jemaah tersebut segera meluru ke arah Khalid dan mengangkat tubuh imam tersebut.

Media melaporkan, punca sebenar kematian Allahyarham tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang mengenali Khalid berkata bahawa imam berkenaan merupakan seorang baik hati dan suka memberikan senyuman. – Agensi

The post Imam di Mekah meninggal dunia selepas solat jemaah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian