ismakualaterengganu

India tuduh Zakir Naik hasut golongan muda sertai Daesh

NEW DELHI, 9 Safar 1439H, Ahad – Penentangan terhadap pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik masih berterusan sehingga ke hari in...

NEW DELHI, 9 Safar 1439H, Ahad – Penentangan terhadap pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik masih berterusan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) menuduh pengasas Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) itu menghasut golongan muda bertindak ganas dengan menyertai kumpulan militan Daesh.

The Times of India (TOI) melaporkan, NIA mengemukakan pendakwaan mengatakan Zakir Naik sengaja menghina kepercayaan Hindu, Kristian, dan aliran Islam seperti Syiah, Sufi dan Barelvi.

NIA turut menuduh ucapan Zakir Naik adalah untuk merekrut anak muda menyokong perjuangan Daesh.

“IRF yang diketuai Zakir, serta Harmony Media digunakan untuk mengedarkan ucapan-ucapan itu dalam bentuk cakera padat, cakera video digital dan program TV,” kata NIA dalam dokumen yang dikemukakan di mahkamah berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu juga, Zakir Naik turut didakwa menyampaikan 1,500 ceramah terbuka dan ucapan di India dan negara luar sejak 1994.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri (MEA) India dalam proses membatalkan pasport pendakwah antarabangsa itu.

Ia susulan kerajaan India menuduh Zakir Naik melakukan pengubahan wang dan mempromosikan ideologi ekstremis.

Bagaimanapun Zakir Naik pernah berkata, tindakan kerajaan India bukan saja satu serangan ke atas dirinya, tetapi juga serangan terhadap India Muslim. -Agensi

The post India tuduh Zakir Naik hasut golongan muda sertai Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4730097994927125146

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item