Isma rakam ucapan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak
IPOH, 14 Muharram 1439H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Ipoh merakam ucapan takziah di atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani.
Yang Di Pertuanya, Ustaz Zamri Hashim mewakili seluruh ahli Isma mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan para solehah.
“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Perak atas kemangkatan Raja Nor Mahani,” katanya dalam satu kenyataan.
Jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.
Almarhumah Raja Nor Mahani,75, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014 serentak dengan pemasyhuran Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Muda Perak.
The post Isma rakam ucapan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan