Israel bersubahat dalam penghapusan etnik Myammar

LONDON, 4 Safar 1439H, Selasa – Kumpulan hak asasi manusia merancang mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen Israel minggu depan bagi mendesak Tel Aviv menghentikan serta-merta penjualan senjata kepada rejim Myanmar.

Sudah diketahui umum bahawa rejim Zionis mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara yang bertindak kejam termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.

Setakat ini, hakim dan ahli politik Israel menolak desakan kumpulan hak asasi manusia bagi menghentikan penjualan senjata kepada rejim Aung San Suu Kyi, yang dituduh melakukan pembersihan etnik, penderaan dan rogol terhadap etnik minoriti muslim Rohingya.

Rekod awam menunjukkan bahawa rejim Israel menjual senjata kepada Myanmar, tatkala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh junta tentera negara itu melakukan pembersihan etnik.

Senjata yang dijual kepada rejim Myanmar, termasuk lebih 100 kereta kebal, senjata api berat dan bot yang digunakan polis sempadan negara itu, kata kumpulan hak asasi manusia.

Syarikat senjata seperti Tar Ideal juga terbabit dalam memberi latihan kepada pasukan khas Myanmar, yang memasuki perkampungan di Rakhine – negeri dengan majoriti penduduknya adalah muslim Rohingya.

Kumpulan hak asasi manusia juga mendakwa Israel seolah-olah menunjukkan bahawa banyak tawaran menjual senjata gagal kepada Rwanda ketika pembunuhan beramai-ramai pada 2004 yang menyebabkan lebih sejuta orang awam terbunuh.

Rejim Israel juga dituduh melanggar dasar Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dengan membekalkan senjata kepada militan di Sudan Selatan, di mana perang saudara tercetus yang menyebabkan 300,000 terbunuh sejak lewat 2013.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, banyak negara Barat menjual senjata, tetapi yang uniknya mengenai Israel ialah di mana saja ada jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, negara itu akan turut sama terbabit, kata peguam hak asasi manusia, Eitay Mack.

Beliau berkata, Tel Aviv juga menjalankan operasi sulit membekalkan senjata ketika perang di Balkan, Chile, Argentina, Sri Lanka, haiti, El Salvador dan Nicaragua

“Syarikat menjual senjata, dan pegawai yang meluluskannya secara diam-diam perlu dipertanggungjawabkan,” katanya. – Agensi

The post Israel bersubahat dalam penghapusan etnik Myammar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian