Israel mahu bina lebih banyak penempatan haram Yahudi: Netanyahu

TEL AVIV, 14 Muharram 1439H, Rabu – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji bahawa rejimnya akan membina lebih banyak penempatan haram di tengah-tengah Tebing Barat, sebagai membantah gesaan antarabangsa supaya kegiatan itu dihentikan.

Netanyahu dalam lawatannya ke Maaleh Adumim semalam berkata, pihaknya merangka lebih banyak pembinaan membabitkan ribuan unit perumahan Yahudi di kawasan itu.

Katanya, Israel juga akan menambah zon perindustrian di kawasan itu, yang kini mempunyai kira-kira 37,000 pendudukan.

Israel menduduki Tebing Barat pada Perang Enam Hari 1967. Lebih daripada 400,000 pendudukan Israel telah ditempatkan di penempatan haram di wilayah kepada 2.6 juta rakyat Palestin.

Masyarakat dan organisasi antarabangsa berulang kali mendesak rejim berkenaan supaya menghentikan kegiatan itu kerana menyifatkan ia langkah menggagalkan usaha damai antara Palestin-Israel.

Palestin juga berulang kali memberi amaran terhadap rancangan memperluaskan penempatan itu kerana ia akan menyukarkan rakyatnya menuntut wilayah tersebut pada masa akan datang.- Agensi

The post Israel mahu bina lebih banyak penempatan haram Yahudi: Netanyahu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian