Isu Rohingya: Universiti Oxford turunkan potret Suu Kyi

LONDON, 10 Muharram 1439H, Ahad – Kolej Universiti Oxford, bekas pusat pengajian Aung San Suu Kyi menurunkan potret pemimpin Myanmar itu, dipercayai susulan kritikan meluas berhubung isu penindasan Rohingya.

Potret yang dipamerkan di pintu masuk utama Kolej St Hugh, kini digantikan dengan lukisan baharu yang disumbangkan artis Jepun, Yoshihiro Takada.

“Kami menerima lukisan baru awal bulan ini yang akan dipamerkan di pintu masuk utama untuk seketika. Lukisan Aung San Suu Kyi pula dipindahkan ke lokasi selamat,” kata kolej itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun universiti berkenaan tidak secara langsung mengatakan sama ada ia ada kaitan dengan krisis yang sedang berlaku di negeri barat Rakhine, Myanmar.

Suu Kyi menamatkan pengajian dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang politik pada 1968. -Agensi

The post Isu Rohingya: Universiti Oxford turunkan potret Suu Kyi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?