Jabatan Bomba Negeri Sembilan beri tunjuk ajar kepada pusat tahfiz
RASAH, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Jabatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan akan memberi bantuan dan tunjuk ajar bagi menubuhkan skuad bomba di semua 63 pusat tahfiz di negeri ini.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, semua pengusaha pusat tahfiz dan sekolah pondok di negeri itu telahpun bersetuju untuk menubuhkan skuad bomba dalam kalangan pelajar dan kakitangan.
Beliau berkata, penubuhan skuad itu adalah sebagai langkah keselamatan di premis masing-masing.
“Anggota bomba dari balai yang terletak berhampiran pusat-pusat tahfiz ini akan memberi panduan kepada skuad tersebut tentang penggunaan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.
Norazam turut menasihatkan pengusaha pusat tahfiz supaya merujuk kepada bomba jika didatangi pihak yang ingin membantu menyediakan aspek keselamatan berkaitan kebakaran dan mendakwa telah mendapat kebenaran bomba.
“Ini bagi mengelak mereka diperdaya pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap pusat tahfiz dan sekolah pondok di negeri ini,” katanya.
The post Jabatan Bomba Negeri Sembilan beri tunjuk ajar kepada pusat tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan