Jabatan Imigresen tumpas sindiket pemalsuan permit

GEORGETOWN, 27 Muharram 1439H, Selasa – Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit lawatan kerja sementara (PLKS) yang didalangi seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.

Turut ditahan lima warga Bangladesh yang juga rakan kepada dalang utama sindiket itu, dan seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun serta dua kanak-kanak dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah pangsapuri di Jelutong.

Difahamkan, pangsapuri itu dipercayai digunakan sebagai pusat operasi sindiket berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sebanyak 94 pasport Bangladesh dan wang tunai bernilai RM15,000 serta beberapa dokumen lain dirampas.

“Keenam-enam lelaki tersebut merupakan orang tengah atau agen kepada majikan untuk menguruskan bagi mendapatkan PLKS dari Jabatan Imigresen.

“Mereka ini mengenakan bayaran serendah RM1,500 hingga puluhan ribu ringgit bagi setiap pasport daripada majikan untuk mendapatkan dokumen PLKS,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) F Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport orang lain tanpa kebenaran.

The post Jabatan Imigresen tumpas sindiket pemalsuan permit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian