Jabatan kimia periksa tiga kenderaan terlibat kemalangan

IPOH, 11 Safar 1439H, Selasa – Jabatan kimia akan menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang meragut sembilan nyawa di Km45, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Di Awan, Kampar, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan, Som Sak Din Keliaw berkata, pemeriksaan dijalankan hari ini ke atas lori air batu, van dan Proton Saga Iswara itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Dijangka keputusan pemeriksaan itu serta keputusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan ujian darah akan keluar dalam tempoh dua minggu.

“Selepas itu pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Ipoh, Batu Gajah dan Sungai Siput di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, sembilan termasuk lapan wanita pekerja ladang sengkuang di Malim Nawar maut selepas van dinaiki dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan.

Sementara itu, pemandu lori yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dibenarkan keluar daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini Ahad lepas. – Bernama

The post Jabatan kimia periksa tiga kenderaan terlibat kemalangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian