Jainj tahan 21 pengikut Syiah
Sumber gambar: Mstar Online
BANGI, 10 Muharram 1439H, Ahad – Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) menahan 21 lelaki termasuk tiga warga asing disyaki mengadakan majlis berkaitan fahaman Syiah.
Memetik laporan Mstar Online, serbuan bersama unit cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilakukan di sebuah rumah hauzah syiah, di Ulu Tiram, semalam.
Pengarah Jainj, Amran A Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada hasil risikan yang dijalankan.
“Serbuan disertai 34 anggota Jainj dan PDRM ke atas sebuah rumah yang disyaki mengadakan majlis dikaitkan dengan ajaran atau fahaman Syiah.
“Kesemua 21 individu yang ditahan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Jainj untuk disoal siasat,” katanya.
Mereka yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu Mengingkari Pihak Berkuasa Agama seperti dinyatakan melalui fatwa.
The post Jainj tahan 21 pengikut Syiah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan