Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar

DEIR EZZOR (SYRIA), 29 Muharram 1439H, Khamis – Komander kanan tentera rejim Syria yang dianggap jeneral paling dipercayai Presiden Bashar al-Assad, maut ketika operasi memerangi militan Daesh, beberapa hari selepas dia memberitahu pelarian Syria supaya tidak kembali ke negara itu.

Brigadier Jeneral Issam Zahreddine, komander Pengawal Republikan yang memimpin 7,000 anggota tentera, terbunuh ketika konvoi yang disertainya terkena jerangkap samar yang dipasang militan Daesh tatkala melalui Hawija Saqr, semalam.

Beberapa hari sebelum itu, Zahreddine meraikan kejayaan tenteranya mematahkan pengepungan Daesh di bandar Deir Ezzor.

Dalam kenyataan menerusi televisyen Syria, dia mencetuskan kontroversi apabila berkata, rakyat Syria yang melarikan diri dan menjadi pelarian tidak perlu kembali ke negara itu.

“Saya meminta anda tidak kembali kerana, walaupun kerajaan memaafkan kamu, kami tidak akan memaaf dan melupakannya. Jika kamu tahu apa yang baik untuk kamu, tidak seorang pun daripada kamu akan pulang,” katanya.

Bagaimanapun, dia kemudiannya meminta maaf dan berkata, kenyataannya itu merujuk kepada kumpulan Daesh yang membunuh askar Syria.

“Saya bercakap perkara itu selepas melihat ramai askar Syria yang terbunuh dan dipancung,” katanya.

Tahun lalu, Zahreddine juga melakukan provokasi apabila bergambar dengan mayat dipercayai orang awam yang kelihatan seperti didera. – Agensi

The post Jeneral rejim Syria ancam pelarian maut kena jerangkap samar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian