Jordan, Qatar kecam pencerobohan pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa

JERUSALEM, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Jordan hari ini, mengecam pencerobohan berterusan pendatang Israel di Masjid Al-Aqsa, yang menyaksikan bilangannya terus meningkat ketika perayaan Yahudi, Sukkot.

Dianggarkan, 2,265 pendatang Yahudi menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa sejak perayaan itu bermula minggu ini, meningkat 40 peratus daripada 1,611 orang pada waktu yang sama tahun lalu.

Kehadiran mereka di tanah suci ketiga Islam itu dikawal ketat pasukan bersenjata rejim Tel Aviv bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menteri Komunikasi Jordan, Mohammad Momani menyifatkan pencerobohan itu sebagai tindakan provokasi terhadap umat Islam.

Tingkah laku demikian, katanya, hanya menyebabkan hubungan dua negara menjadi dingin, selain boleh mencetuskan ketegangan.

Pada masa sama, Qatar juga mengutuk keras pencerobohan pendatang Israel di Masjidil Aqsa yang mengancam akan membina semula rumah ibadat Yahudi di tapak masjid itu. – Agensi

The post Jordan, Qatar kecam pencerobohan pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian