Jualan bir guna mesin layan diri di 7-Eleven dihentikan

BANGKOK, 20 Muharram 1439H, Selasa – Syarikat CP All bersetuju menghentikan penjualan bir melalui mesin layan diri di kedai serbaneka 7-Eleven berikutan bantahan penunjuk perasaan antialkohol.

Syarikat itu berkata, ia telah membatalkan penjualan arak itu kerana kebimbangan yang dibangkitkan oleh masyarakat.

Pembatalan itu dibuat selepas wakil Stop Drink Network and The Youth Network Against New Drinkers pada Jumaat lalu membuat pertemuan dengan eksekutif CP All, untuk menyerahkan surat bantahan terhadap penggunaan mesin itu.

Penyokong antialkohol, juga mengemukakan bantahan itu kepada eksekutif Central Family Mart Co untuk mengkaji penjualan bir mereka di kedai-kedai Family Mart.

Mereka mendakwa jualan itu akan meningkatkan akses belia kepada alkohol dan menyebabkan lebih banyak kematian dan kecederaan akibat arak.

Pengarah Pejabat Kawalan Penyakit Minuman Alkohol, Dr Nipon Chinanonwait berkata, sub-panel yang diketuai oleh Dr Vitoon Eungprabhanth akan mempertimbangkan sama ada jualan bir adalah salah satu pelanggaran Akta Kawalan Alkohol 2008. – Agensi

The post Jualan bir guna mesin layan diri di 7-Eleven dihentikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian