Kata Pedang: Anak panda faham bahasa Melayu lagi bagus daripada….

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

ANAK panda gergasi yang lahir di Malaysia, Nuan Nuan, akan pulang untuk tinggal di negara asal ibu bapanya, Fu Wa dan Feng Yi (Datang Malaysia ditukar nama kepada Xing Xing dan Liang Liang) di Dujiangyan Panda Base, Sichuan, China, 14 November ini.

Nuan Nuan lahir di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara pada 18 Ogos 2015 dan kini berusia 26 bulan. Ibu bapanya masuk ke Malaysia pada 2014, dipinjamkan oleh kerajaan komunis China selama 10 tahun.

Kelahiran Nuan Nuan mengembirakan pelbagai pihak. Akhbar-akhbar ultra kiasu dan portal media liberal serta sekular menyiarkan berita kelahiran itu. Malah, Perdana Menteri sendiri memuat naik rasa gembira dalam akaun twitternya.

Dan, setelah kejayaan ‘misi’ Nuan Nuan memberi hutang kepada Malaysia yang entah bila akan habis dibayar oleh rakyat negara ini, dia akan pulang. Dia tidak tunggu untuk ‘meMalaysian Malaysiakan’ Malaysia. Dia pulang ke tempat asalnya.

Pedang pernah menulis mengenai anak panda ini dengan tajuk ‘Harap-harap anak Liang Liang tak jadi ultra kiasu’.

Sejak dilahirkan anak haiwan itu diajar untuk memahami tiga bahasa utama di Malaysia – Melayu, Mandarin dan Inggeris. Dan, khabarnya, walaupun baru berusia dua tahun dua bulan, Nuan Nuan faham ketiga-tiga bahasa itu.

Memanglah, haiwan kalau diajar dan dilatih dari kecil akan ikut arahan. Faham apa kita ajar. Monyet yang disuruh panjat pokok kelapa pun tahu mana satu buah tua, mana buah muda. Kalau dia salah ambil, kena denda. Begitulah monyet dilatih.

Cimpanzi, haiwan yang DNAnya dikatakan hampir sama dengan manusia, pun mudah dilatih untuk mengikut arahan sama ada melalui bahasa atau perbuatan.

Tapi ‘DNA’ apakah yang ada pada mereka yang tinggal puluhan tahun di Malaysia atau dilahirkan di sini, bukan sahaja tidak faham, tapi masih ada yang tidak boleh bercakap Melayu – Bahasa Kebangsaan – kalau boleh pun tak lancar. Kadang-kadang sebutan yang hendak disampaikan menjadi sesuatu yang lucu pula.

Perasaan malu jadi kemaluan; burung jadi bulong. Tambah-tambah jika ultra kiasu yang bercakap. Kadang kala pejuang bahasa sendiri geram mendengarnya.

“Istimewanya Nuan Nuan boleh memahami arahan dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris kerana kami sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris manakala seorang lagi petugas GPCC dari China berbahasa Mandarin dengannya,” kata kakitangan Zoo Negara, Ahmad Nizam Zainuddin.

Pedang rasa, penjaga anak panda atau haiwan apa pun di Zoo Negara itu patut diambil menjadi guru, mengajar mereka yang masih tidak faham dan tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.

Ajar siapa-siapa yang masih tak lancar cakap Melayu atau tak faham bahasa Melayu. Kalau anak binatang pun boleh faham apa yang mereka ajar menggunakan bahasa Melayu, tentu anak manusia atau manusia sudah dewasa, lagi cepat boleh mempelajarinya kerana ada otak dan boleh berfikir.

Tapi, kalau masih juga tidak faham dan gagal bercakap bahasa Melayu dengan fasih, Pedang tak tahu apa nak kata lagi, mungkin lebih teruk daripada Nuan Nuan atau monyet.

Pedang angkat ibu jari kepada masyarakat Cina, terutama peniaga yang tinggal di Kelantan. Bukan sahaja fasih berbahasa Cina, tapi siap dengan loghat Kelantan.

Dan, mengenai kepulangan Nuan Nuan ke tanah airnya, Pedang rasa memang elok. Tak perlu lagi kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk membela anak panda itu. Insurans tahunannya sahaja RM200,000. Itu belum termasuk bayaran RM2.4 juta kepada China.

Kata Pedang: Pedang suka tonton rancangan kelolaan Mat Dan (Kareef Daniel Abdullah) selebriti TV keturunan British, tetapi fasih dengan loghat Terengganu.

 

Kata Pedang: Harap-harap anak Liang Liang tak jadi ultra kiasu

The post Kata Pedang: Anak panda faham bahasa Melayu lagi bagus daripada…. appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian