Kata Pedang: Layakkah Zamihan Al-Ghari dipanggil ustaz?

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

Kebanyakan posting Zamihan mencetuskan pertengkaran di kalangan umat Islam yang menjadi rakan Facebooknya

MULA-MULA, apabila diberitahu seorang rakan mengenai ‘posting’ Zamihan dalam Facebooknya, Pedang tertanya-tanya siapa pula si Zamihan ni. Tapi bila rakan Pedang sebut ‘Al-Ghari’ baru Pedang Al-Tajami pun teringat.

Rakan Pedang tanya “awak sudah baca posting tu?”. Pedang jawab: “Ana jarang buka FB dia.. lagipun tak banyak yang boleh dimanfaatkan. Asyik hentam orang itu, orang ini. Macam ana kata sebelum ini, dia saja yang betul, orang lain salah.

“Terutama bila berkait dengan fahaman yang dikatakan Wahabbi atau Mufti Perlis, Dr Maza. Malah, posting-posting yang dibuatnya menyebabkan pengikut FB dia memberi komen yang menghentam Wahabbi, Dr Maza, mufti dan orang lain. Yang lain pula membalas komen-komen itu.

“Jadi disebabkan postingnya itu, di kalangan rakan FB dia mulalah masing-masing mengata antara satu sama lain. Engkau kata aku, aku kata engkau. Engkau hina aku, aku hina engkau.

“Puak kafir laknatullah, Syiah lihat dan senyum sahaja pertelagahan dalam FB dia. Laknatullah itu pun menyusun strategi mengapi-apikan lagi. Mungkin menyamar guna nama orang Islam dan menjadi rakan FB dia, lalu memberi komen menyalahkan satu pihak, kemudian mengata satu pihak lagi.

“Dia tak sedarkah semua itu? Semua itu berlaku lantaran postingnya. Kalau dia nak jadi wartawan dia kena buka surat khabar atau portal berita macam ismaweb.net. Bagus ke orang yang mendakwa dirinya ustaz tapi melakukan sesuatu yang mencetuskan perbalahan di antara umat Islam? Nak Pedang tabik perjuangan orang macam ni? Buang masa…

“Apa posting dia?” dengan senyum soal Pedang pada rakan tadi. Rakan Pedang kata buka dan baca, ada kaitan dengan ismeweb.net. Pedang pun bukalah FB Zamihan.

Memang ada yang disebut mengenai ismaweb.net. Laporan mengenai solat Jumaat yang diisytihar tidak sah di Masjid Jamek Kampung Rawa, Pulau Pinang. Dalam FB itu Zamihan kata:

“Oleh kerana page ISMA WEB telah menambah rencah dan seolah-olah mahu menjadi batu api dengan menghurai posting sebelum ini dengan kurang tepat pada murad (kehendak) yang ingin disampaikan, maka penjelasan perlu diberikan agar masing2 jelas dengan isu ini. Isu ini mendapat respon ramai dan beberapa pelayar media sosial ada pm di akaun ini bagi meminta ulasan lanjut.”

Pedang semak laporan berita disiarkan ismaweb.net.

Bila ditanya, wartawan yang menulis berita solat Jumaat tidak sah itu memberitahu dia mendapat maklumat itu daripada FB Zamihan. Pedang buat carian dalam Google mungkin ada pihak yang terlebih dahulu daripada Zamihan memuatnaik berita itu, tapi tiada.

Jadi, Zamihan lah sumber pertama yang menularkan cerita solat Jumaat tidak sah itu dalam media sosial. Oleh itu, memang patut ismaweb.net memetik komen Zamihan dalam berita itu.

Zamihan buat posting cerita solat Jumaat itu dalam FB dia pada 30 September:

Sila rujuk berita berkaitan dalam ismaweb.net. Tak ada satu pun yang kelihatan seperti menambah rencah, mahu menjadi batu api dan menghuraikan postingnya mengenai solat Jumaat di kampung itu. Yang ditambah adalah perkataan “..kata Zamihan yang memang diketahui tidak sebulu dengan Dr Maza” pada perenggan 10.

Kenapa ditambah, sebab semua orang sudah tahu Zamihan sering mengutuk Dr Maza (baca dalam posting-postingnya sebelum ini mengenai Dr Maza dan Wahabbi).

Apatah lagi, apabila Zamihan dalam postingnya itu mengaitkan khatib yang salah membaca khutbah itu, Zamri Zinoth, dengan Dr Maza. Siapa yang menambah-nambah? Kalau nak cerita isu solat Jumaat tak sah ceritakan saja. Kenapa ditambah pembaca khutbah itu pernah jadi apa pun, jumpa siapa pun? Kenapa tak letak sekali sejarah hidup Zamri sebelum memeluk Islam? Pernah minum arak ke? Makan makanan haram ke?

‘Menambah rencah, menjadi batu api, menghuraikan posting’nya adalah andaian dan tuduhan yang dibuat oleh Zamihan sendiri. Lagipun, Zamihan ni ilmunya tinggi hingga niat orang pun dia tahu, sedangkan niat, ikhlas atau tidak adalah perkara ghaib yang hanya Allah SWT tahu.

Pedang rasa dia cemburu dan iri hati terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, dan ismaweb.net. Malanglah kalau dia cari pasal dengan Pedang. 

Seperti yang disebut tadi, Zamihan memuat naik cerita solat Jumaat tak sah itu dalam FB dia pada 30 September. Banyak komen yang diberikan, termasuk oleh Zamri Vinoth sendiri.

Jam 12.52 pagi 1 Oktober, Zamri memuat naik kenyataan memohon maaf dalam ruang komen FB Zamihan dan satu komen yang Pedang rasa pedas hingga menyentak Zamihan.

Membalas komen Zamihan, Zamri yang juga Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia mengulas yang antara lain menyebut “Ya memang saya setahun jagung namun setahun jagung inilah yang bergiat dalam arena dakwah kepada bukan Islam sebab jagung bertahun-tahun macam saudara ini tidak peduli terhadap isu dakwah non muslim.”

Pedang percaya Zamihan membaca permohonan maaf Zamri dan ulasannya. Mungkin kerana sindiran ‘jagung bertahun-tahun macam saudara ini tidak peduli terhadap isu dakwah non muslim’, maka pada jam 4.57 pagi 1 Oktober, selepas beberapa jam Zamri memberi ulasan, Zamihan sekali lagi memuatnaik kenyataan dalam FBnya yang dirujuk kepada Zamri.. ‘Adakah Zamri Vinoth setuju Kalimah Allah digunakan dalam Bible terjemahan Melayu?’.

Kenapa, harus diulas lagi – yang turut mengaitkan majlis di Perlis – sedangkan Zamri sudah memohon maaf secara terbuka.

Dan, hanya apabila ismaweb.net menyiarkan berita mengenai solat Jumaat itu serta permohonan maaf Zamri secara terbuka, barulah si Zamihan ini memberi ulasannya (23 jam lalu) yang antara lain mengucapkan tahniah dan menyambut baik permohonan maaf Zamri yang berani dan bertanggungjawab.

Tapi dituduhnya ismaweb pula ‘menambah rencah, menjadi batu api, menghuraikan posting’nya. Sedangkan diri sendiri menambah-nambah cerita solat Jumaat itu dengan orang lain. Layakkah bergelar ‘ustaz’?

Jadi, siapa sebenarnya batu api, yang dalam kebanyakan postingnya mencetuskan pertengkaran di kalangan umat Islam yang menjadi rakan Facebooknya. Fikirlah, layakkah menggelarkan diri ‘ustaz’. Pedang cari juga apa makna Al-Ghari. Jumpa. Al-Ghari ditulis dalam bahasa arab sebagai الغاري. Asalnya daripada dari غار. Ada dua makna, harap-harap dia memiliki makna yang pertama.

Yang makna rekaan ada yang menisbatkan ALGHARI kepada A=Amanah; L=Lemah lembut; G=Gigih; H=Harum; A=Alim; R=Ramah dan I=Ikhlas. Tapi yang ini Pedang lihat tiada pada diri Zamihan. Cakap tak serupa bikin.

Lalu, rakan Pedang itu pun berkata “Hati-hati daripada terperangkap dalam gelanggang yang sia-sia. Tak berbaloi debat dengan bodoh sombong.”

Mengambil kata-kata Zamihan “Jangan fahami teguran ini secara negatif hingga akhirnya, teguran yang ada asas, menjadikan orang yang ditegur tidak menerima teguran tersebut..tetapi beralih kepada isu lain pula.” Tapi, Pedang percaya si Zamihan ni tak akan terima teguran sebab dia lah yang benar, orang lain semua salah.

Kata Pedang: Kali pertama Pedang dapat ilham ulas mengenai Zamihan ketika dalam jamban. Memang layak pun kita ingat orang seperti itu di tempat sebegitu.

Solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Rawa tak sah

Pedang dapat ilham ulas kenyataan Zamihan Al-Ghari dalam tandas….

The post Kata Pedang: Layakkah Zamihan Al-Ghari dipanggil ustaz? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian