KDN haramkan buku aktivis liberal Turki, Mustafa Akyol


BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku aktivis liberal Turki, Mustafa Akyol, yang disekat masuk ke Malaysia baru-baru ini ekoran membawa ideologi bercanggah dengan Islam.

Memetik laporan The Star hari ini, warta pengharaman itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri pada 6 September lepas, mengikut Akta Mesin Cetak dan Percetakan 1948.

Bagaimanapun buku bertajuk “Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty” itu diharamkan menerusi warta yang dikeluarkan sehari selepas Akyol ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Warta KDN turut mengharamkan edisi terjemahan Bahasa Melayu yang bertajuk “Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan”.

Penerbit buku Akyol versi bahasa Inggeris itu ialah W.W. Norton & Company Inc, berpangkalan di New York, manakala penerbit versi Bahasa Malaysia adalah Islamic Renaissance Front (IRF), yang berpusat di Kuala Lumpur.


Mustafa Akyol ditahan selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendesak penganjur, IRF membatalkan siri ceramah tokoh liberal berkenaan di kampus Universiti Nottingham Malaysia.

Jawi menegaskan Akyol melanggar Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama, manakala Pengarah IRF, Dr Farouk dituduh bersubahat di bawah akta sama.

Mustafa Akyol sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi mendakwa bahawa tiada hukuman untuk dosa di dalam al-Quran.

Dalam forum anjuran IRF juga, Akyol berkata, perkara-perkara berkenaan dosa peribadi, al-Quran tidak memberikan sebarang hukuman, namun, ulamak memperkenalkan hukuman ke atas perkara-perkara dosa melalui qiyas.

The post KDN haramkan buku aktivis liberal Turki, Mustafa Akyol appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian