KDN nafi polis buat siasatan ‘cincai’

BANGI, 5 Safar 1439H, Rabu – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak dakwaan mengatakan pihak polis menyiasat secara ‘mala fide’ terhadap tindakan moral anggotanya.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat hari ini, KDN menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada pihak polis menerusi media sosial baru-baru ini adalah tidak berasas.

Ia berhubung isu tindakan tata tertib terhadap tujuh anggota polis selepas tular rakaman video yang memaparkan mereka berhibur di sebuah kelab hiburan bersama tauke judi.

Memetik Utusan Online, Lip Eng hari ini menimbulkan persoalan mengenai tindakan tegas selain ditukarkan ke jabatan lain terhadap tujuh anggota polis terbabit.

Ahli Parlimen DAP itu mendakwa, tindakan undang-undang terhadap siasatan polis yang dibuat secara ‘mala fide’ membawa kepada pendakwaan salah.

KDN menjelaskan, semua siasatan tidak terhenti di peringkat polis sahaja, tetapi turut dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan akhir sama ada dituduh di mahkamah atau sebaliknya.

“Mana-mana individu boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah sekiranya tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan keputusan yang dibuat oleh timbalan pendakwa raya,” kata kementerian itu.

The post KDN nafi polis buat siasatan ‘cincai’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian