Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Bukan Melayu, khususnya kaum Cina diingatkan bahawa penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang berhijrah ke negara ini sangat tinggi, kerana kefahaman mereka mengenai Islam.

Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, mungkin kepada kaum Cina agama itu tidak penting, tetapi tidak kepada umat Islam.

“Sejarah membuktikan, penerimaan orang Melayu terhadap bukan Melayu yang datang berhijrah, sangat tinggi, disebabkan oleh pengajaran dan kefahaman mereka terhadap Islam.

“Sebab itu mereka dilayan dengan baik kerana tuntutan agama. Justeru, berpada-padalah bila bercakap. Ingatlah, melalui kefahaman orang Melayu terhadap Islam itulah yang menjadi mereka lebih terbuka dan bertoleransi dan sangat meraikan kepelbagaian,” katanya

Ikuti tulisan beliau dalam ruang Kolumnis Ismaweb.net yang akan disiarkan tengah hari, hari ini.

The post Kerana Islam Melayu terima baik bukan Melayu, kata Ridhuan Tee appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian