Konflik Syria: September bulan catat kematian paling ramai

LONDON, 13 Muharram 1439H, Selasa – Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di London melaporkan September lalu adalah bulan paling banyak mencatatkan kematian akibat konflik di Syria sejak enam tahun lalu.

Kumpulan itu mendokumentasikan 955 kematian orang awam, termasuk 207 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dan 148 wanita berumur 18 tahun.

Menurut laporan kumpulan itu, 70 peratus daripada mangsa yang cedera adalah disebabkan serangan udara tentera diketuai Amerika Syarikat (AS), serta pesawat Russia.

Berbanding tindakan AS, serangan gabungan tentera Russia dan Syria lebih banyak memakan korban orang awam.

Kumpulan itu melaporkan 395 mangsa, termasuk 92 kanak-kanak dan 71 wanita terbunuh akibat serangan udara Russia dan jet serta helikopter Syria. Kira-kira 282 lagi, termasuk 68 kanak-kanak dan 45 wanita terbunuh akibat serangan udara pesawat pakatan antarabangsa.

Jumlah tertinggi orang awam yang menjadi mangsa adalah disebabkan serangan roket dan meriam, peluru berpandu darat ke darat dan penembak hendap. Ia membabitkan 91 kematian, termasuk 22 kanak-kanak dan 10 wanita.

Sementara itu, 47 orang, termasuk lima kanak-kanak dan lima wanita terbunuh akibat letupan periuk api, 29 lagi, termasuk tiga kanak-kanak dan lima wanita dipercayai dihukum mati oleh tentera rejim Bashar Al-Assad.

Antara pihak yang terbabit secara langsung dalam peperangan itu, kumpulan pembebasan Syria mengalami kemalangan jiwa yang besar membabitkan 550 pejuang, manakala di pihak rejim pula berjumlah 322 kematian.

Hezbollah yang dibantu Iran dan kumpulan militan lain yang terbabit dalam perang saudara itu menyaksikan 100 kematian. – Agensi

The post Konflik Syria: September bulan catat kematian paling ramai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian