KPDNKK nafi harga minyak masak naik

BANGI, 5 Safar 1439H, Rabu – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan dakwaan harga minyak masak akan naik.

KPDNKK dalam satu kenyataan berkata, terdapat individu yang menularkan semula laporan akhbar China Press tahun lepas.

Kementerian itu menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu berkenaan yang menularkan semula laporan bertarikh 19 Oktober 2016 tentang kenaikan harga minyak masak.

“Tindakan tersebut dianggap tidak bertanggungjawab.

“Ia menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna,” kata kementerian itu.

Justeru, semua pihak diminta untuk merujuk terlebih dahulu kepada KPDNKK bagi mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.

The post KPDNKK nafi harga minyak masak naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian