KPDNKK rampas tudung tiruan bernilai RM500,000

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1439H, Selasa – Sejumlah kain tudung dan selendang tiruan menggunakan jenama terkenal yang dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas dalam satu serbuan di sebuah pasar raya di ibu kota, petang tadi.

Ketua Unit Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, Ridzuan Mat Isa berkata 15 anggota terlibat dalam serbuan di sebuah premis di dalam pasar raya tersebut berikutan aduan yang dibuat pemilik jenama Ansania dan Saudia itu, kira-kira tiga bulan lepas.

“Hasil siasatan mendapati, selain menjual tudung tiruan, premis ini turut beroperasi sebagai pemborong utama untuk pasaran tempatan. Premis ini juga telah beroperasi selama lebih tiga tahun manakala tudung berjenama tiruan ini pula dijual sejak setahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir.

Beliau berkata, setiap tudung atau selendang yang tulen dijual pada harga RM14 namun tudung jenama tiruan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM10 sahaja.

Ridzuan berkata, jika disabitkan kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan penalti sebanyak RM 15,000 bagi sehelai tudung tiruan yang dijual di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Perdagangan 2011.- Bernama

 

The post KPDNKK rampas tudung tiruan bernilai RM500,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian