Lagi bot pelarian Rohingya tenggelam, dua maut

BANGLADESH, 19 Muharram 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya dua warga Rohingya telah meninggal dunia selepas bot mereka tenggelam dalam perjalanan ke Bangladesh.

Menurut Pengawal Perbatasan Bangladesh, Leftenan Kolonel Ariful Islam, pada hari Ahad, kapal itu terbalik dekat Shah Porir Dwip, di mulut Sungai Naf, sempadan maritim antara Bangladesh dan Myanmar.

Beliau berkata, mayat seorang lelaki dan seorang wanita tua kini dalam nahas itu telah diselamatkan dalam operasi pencarian sambil berkata bahawa bilangan mereka yang hilang tidak diketahui.

Nahas tenggelam ini adalah yang terbaru dari satu siri tragedi laut yang melibatkan pelarian Rohingya.

Pada 28 September lalu, bot yang membawa kira-kira 80 pelarian juga telah tenggelam, menyebabkan 28 maut dan sejumlah besar hilang. – Agensi

The post Lagi bot pelarian Rohingya tenggelam, dua maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian