Lagi serangan berhampiran Mogadishu

MOGADISHU, 3 Safar 1439H, Isnin – Tatkala bumi Somalia masih berkabung susulan kejadian letupan bom trak di ibu kota negara itu minggu lalu, satu lagi serangan dilaporkan berlaku berhampiran Mogadishu semalam, lapor Al Jazeera.

Menurut sumber agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh membabitkan wanita dalam serangan ke atas sebuah bas mini yang membawa penumbang dari bandar pesisir.

Dilaporkan, kesemua mangsa terkorban adalah petani.

Saksi kejadian, Mohamed Hasan berkata, beliau percaya mangsa yang terkorban adalah orang awam. Malah katanya, beliau melihat kenderaan tentera Somalia melepasi tempat kejadian.

“Saya melihat mayat-mayat bergelimpangan selepas letupan itu, dan tidak menolak kemungkinan serangan itu menyasarkan kumpulan tentera,” katanya.

Sementara saksi lain, Harun Osman berkata, bas yang diletupkan itu dalam perjalanan menuju ke bandar Balad di rantau Middle Shabelle.

Sehingga kini, tiada pihak yag bertanggungjawab atas serangan itu, sebagaimana yang berlaku di ibu negara berkenaan sebelum ini.

Minggu lalu, sejumlah 358 orang terbunuh dan 288 yang lain cedera parah dalam kejadian letupan bom trak di Mogadishu.- Agensi

The post Lagi serangan berhampiran Mogadishu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian