Lapor SPRM dakwaan Datuk Seri sogok anggota Rela RM10,000

BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid meminta anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan disogok wang RM10,000.

Media semalam melaporkan, salah seorang mangsa (anggota Rela) yang dipukul lelaki berpangkat Datuk Seri, dihubungi seseorang yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika sanggup membatalkan laporan polis.

Ia susulan insiden Jumaat lalu, apabila Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas dipukul dan ditendang Datuk Seri berkenaan.

Kejadian bermula apabila mereka meminta Datuk Seri itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri hari ini menggesa anggota Rela terbabit membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan agensi itu membuat siasatan lanjut.

Memetik Berita Harian, Zahid berkata, beliau berasa dukacita dengan maklumat mengatakan anggota Rela disogok bagi menutup kesalahan Datuk Seri itu.

“Ketiga-tiga anggota Rela itu harus membuat laporan kepada SPRM. Mungkin Datuk Michael Chong (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA) boleh membantu kita.

“Kementerian Dalam Negeri mendukung supaya siasatan rapi dibuat oleh Polis Diraja Malaysia dan SPRM, kerana ia kes berbeza supaya ia menjadi pengajaran kepada penerima anugerah yang tinggi pada usia rendah.

“Penerima (anugerah) harus tahu status sosial mereka amat dihormati tetapi jika hendak dihormati, mereka perlu menghormati orang lain sebelum memaksa orang lain menghormati dirinya,” katanya.

The post Lapor SPRM dakwaan Datuk Seri sogok anggota Rela RM10,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian