Lebih 10,000 lagi pelarian Rohingya dijangka memasuki sempadan Bangladesh

COX’S BAZAR, 13 Muharram 1439H, Selasa – Lebih 10,000 lagi pelarian Rohingya dijangka memasuki negara jiran Bangladesh ekoran keganasan dan tindakan kejam rejim Myanmar di wilayah barat Rakhine.

Menurut laporan Light New Global Myanmar, pelarian Rohingya kini berkumpul di antara Letphewkya dan kampung Kwunthpin sebelum memasuki ke sempadan Bangladesh, yang kini menempatkan lebih 500,000 etnik minoriti itu.

Negeri Rakhine lumpuh selepas separuh daripada populasi Islamnya dibunuh dan diusir sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan masyarakat dan organisasi antarabangsa mengecam tindakan itu.

Beberapa saksi dan kumpulan hak asasi manusia melaporkan kekejaman sistematik yang dilakukan oleh rejim Myanmar termasuklah jenayah seksual, merogol, pembunuhan, dibakar hidup-hidup dan diusir dari kediaman mereka di perkampungan di Rakhine.

Keadaan itu menyebabkan Bangladesh terpaksa menerima pelarian Rohingya yang kini ditempatkan di kem-kem pelarian di Cox’s Bazar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan kezaliman terhadap Rohingya itu sebagai pembersihan etnik atau jenayah genosid.- Agensi

The post Lebih 10,000 lagi pelarian Rohingya dijangka memasuki sempadan Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian